BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 7, 2008

kata hatiku..




Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang…..

Mulanya aku tak pernah menduga perjalanan hidup yang begini panjang aku rasakan.Mungkin apa yang telah kau lalui mengajar aku erti sebuah kehidupan yang sangat2 bermakna.Aku bukanlah seorang yang pandai untuk mengucapkan kata seindah puisi terkarang yang bisa membuat hati manusia luluh dan terusik,cuma sekadar apa yang tersirat di lubuk hati yang sangat terpencil ini.

Sering manusia mengharap cinta manusia yang sudah tidak pasti akan kekal untuk selamanya..mengapa begitu? Itulah hakikat kejadian manusia yang telah dilemparkan di dalam hatinya kasih sayang yang terlalu halus untuk diselami.terkadang aku berfikir adakah aku tidak layak atau harus saja aku tinggalkan segala rasa yang terselindung di sebalik hati ini,tapi bukankah itu kurniaan ALLAH yang sangat mahal nilainya.?keindahan rasa yang tercipta bukan sekadar dapt merubah manusia,malah,dengan cinta,manusia sanggup berebut,ber telagah bertarung ntawa untuk mendapatkannya.ya tuhan ya rabbi….betapa agungnya ciptaan dan kurniamu.sehingga manusia terpanar dan terleka dengan keindahan itu.apakah kita masih lagi tidak sedar bahawa apa yang telah dikurniakan itu hanyalah bersifat sementara.kita masih lagi lupa dan leka untuk mengejar kebahagiaan yang abadi yang telah dijanjikan allah kepada kita…

sungguh kerdil rasaya diri..aku datang dengan kemuliaan diri..dan berharap semoga kepulangan ku diiringi keinsafan..tetapi adakah itu yang aku lalui sekarang…ya allah,kau sesungguhnya maha mengetahui apa yang hambamu ini inginkan..maka ya allah..kabulkan lah segala permintaan hambamu yang hina ini..tiada yang dapat membahagiakan aku dari mendapat rahmat dan kasih sayangmu ya tuhanku….kenikmatan keagunganmu yang tidak dapat untukku gambarkan ketenanganya…kedamaian jiwa yang aku impikan selama ini,segalanya ada dibawah kurniaanmu..

Ketahuilah segala yang bergelar hamba…sesungguhnya..tiada penyesalan apabila mencintai dan dicintai tuhan yang maha agung.dijanjikan bahagia selamanya,kasih sayang yang kekal buat selamanya,perlindungan yang abadi buat sesiapa yang mencintai`nya’..tiada bandingnya dengan cinta manusia yang pasti ada hujungnya didunia ini.

0 comments: