BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 18, 2008

kebun cinta..

dalam kekalutan mencari cinta sejati..
ini yang aku temu..
bertemu insan yang kau harapkan dapat merubah kehidupanku..
cinta yang mekar dulu ku biarkan tanpa prnah ku bajai lagi,
sesekali menjenguk,
rupanya ia mekar dan semakin berkembang..
atas batas dan baja yang lebih baik fikirku..
yaa..aku tidak dapat lari dari melihat itu,
kerana kebun yang pernah ku bina dulu..
semakin meliar..semakin mekar..
sedang kebun binaan baruku ini..
masih baru tumbuh putiknya...
doaku agar ia terus mekar dan tidak pernah layu..
lantas,
dengan baja kesabaran aku suburkan..
dengan siraman keimanan aku segarkan..
semoga beroleh keberkatan....

cerita hati..

Hujan turun bersama panahan petir dan kilat.aku terbaring mengenang apa yang terjadi,aku tersenyum terkadang pilu menyinggah kamar hati.mengapa mesti begini jalan hidupku.biarpun penuh rintangan tetap akan ku gagahi..ibarat air yang mengalir walau berliku jalan yang ditempuhi.....namun,aku jadi bingung seketika..kenapa ini yang aku pilih..benarkah keputusanku ini..tetapi terasa berdosanya aku menidakkan takdir ketentuan illahi..kerana sejak di alam roh lagi..hidup ,mati,jodoh dan rezeki telah pon ditentukan yang kuasa...jadi ,apa yang terbaik untukku,hanya DIA yang tahu...tetapi ,mengapa begitu perit untukku mengecap bahagia..mungkin ini maknanya yang disebut di dalam kitab suci al-quran..."inna ma'al usri yusra..".."sesungguhnya bersama kesusahan itu kesenangan..."..semoga apa yang terjadi ada kesenangan untuk aku dan semua..
aku semakin pasrah..kata-kata doa mengiringi.."ya ALLAH ya tuhanku,jadikanlah kau kekasihnya yang setia dan taat kepadaMu,..biarkan rinduku kepadaMu melebihi rinduku kepadanya..jadikan dugaan yang menimpaku ini bekal kekuatan untukku mencapai puncak setia..amin ya rabbal alamin.."..aku terus menarik nafas dan tersenyum lega..=)

Thursday, October 9, 2008

4 oktober 2008 = 4 shawal 1429....=)

selamat ditunangkan pada tarikh 4 oktober bersamaan 4 shawal...
ikatan janji yang dibina semoga kekal sehingga hari bahagia yang akan tiba...
harapan agar ikatan ini akan membawa satu lembaran baru dalam hidup kita...
doaku agar hubungan ini sentiasa di bawah rahmat dan kasih illahi..
dan membawa kepada segala perubahan yang kita impikan..
terima kasih sayang kerana hadir di dalam hidup ku....
ya allah ya tuhan..
seandainya telah kau catatkan bahawa die benar tercipta untukku..
tetapkanlah hatiku..
satukan hati kami..agar dapat kami berkasihan keranamu..
dan sentiasa mengingati agar tidak sekali2 lalai dalam mengingatimu..
wahai tuhan yang memberi kasih sayang..
kekalkan lah kasih sayangku ini....

hasilnya...(^,^)

kek lapis

tapai buatn sendiri

butter cookies..



ferrero rocher..=)


cerita di sebalik..

anak buah yang sangat cerdik..=) bergembira ngah shopping barang hantaran....
b

thank 2 my beloved sis n bro....teman beli brang2 hantaran..=)

gambar eksklusif..hehe

bergambar kenangan

semasa cincin disarung..=)

Tuesday, October 7, 2008

hanya kata....=)