BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 25, 2016

25072009.......25072016...



SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG!!! alahmdulillah...wa alhamdulillah...thumma alhamdulillah...
syukur padamu ya ALLAH..atas kurniaanMU yang tidak ternilai ini...

suamiku,
7 tahun sudah berlalu,
dan kau masih setia disisi,
itu sudah cukup menggilap rasa cinta,
yang selama ini hilang entah ke mana.
hadirmu membawa kasih.
walau diundang tanpa rasa,
kau iringi sabar sebagai senjata,
memujuk hati yg masih belum kau punya.

sayangku,
setelah bertahun baik burukku kau terima,
tak terbalas segala kesabaranmu yg x terhingga,
dengan cinta yang tidak menuntut bahgia,
walau aku sedar kau bagiku adalah syurga.

dengan restu dan rahmat allah..kita distukan...
walau aku tahu aku bukan yg terbaik,
terlalu banyak kekurangan,
terlalu bnyak kelemahan,

imamku,
terima kasih kerana tanggungjawabmu terlaksana sebaiknya,
terima kasih juga atas pengorbnan masa,hidup utk kami berlima,
tidak terdaya utk aku bersendiri membesarkan amanah utk kita,
itu yang menmbat hatiku utk setia,

abang,
 terlalu banyak dosaku yang terlaku,
terlalu banyak kesan calar di hatimu yg aku guris,
aku tahu tanpa aku sedar aku buat kau menangis,
 tetapi kau kaburkan aku dengan bahagia,
kau yakinkan aku kaulah insan yang paling bahgia
walau hakikatnya....yang tahu kau dan tuhan sja..

sayang,
tujuh tahun berlalu..,
kau berjaya mencuri hati dan cintaku,
tanpa aku sedar aku takut kehilangan cintamu,
semakin hari semakin aku yg mncari2 kasihmu,
walau aku tahu ia tak pernah berkurang dari dulu..

terima kasih sayang untuk segalanya,
terima kasih jadi yang terbaik utk kami ber5,
terima kasih mnjadi suami yg baik
,terima kasih juga menjadi abi yg baik buat2 ank2 kita,

ya zauji,
engkaulah cinta terakhirku ,dan buat selamanya.
redhakan isterimu ini.
dan semoga cinta ini kekal sampai ke syurga..
amin ya rabbal alamin.

I LOVE U SAYANG.....

p/s: syg, jom kecikkan badan cam dalam gmbar tu jom..=)
 
 

0 comments: